Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa, kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Isnin, 26 Oktober 2009

Jenguk2 ke dapur wardah

Selain mengukir buah, wardah juga ada buat besnes kecil-kecilan..ye la untuk mencari sesuap nasi. Wardah ni x bekerja. So terpaksa la berniaga untuk menyara hidup..huhuhu...wardah akan buat kek utk di jual di kedai abh wardah. Di samping amik tempahan kek. Setakat ni Alhamdulillah ada sambutan. Especiallly kek pandan & kek coklat moist selalu ada tempahan.






kek coklat

Bahan-bahan:
Bahan A
250gm butter
240gm gula halus
240gm tpg kek
4 bj telur (gred A klw kecik 5 bj)
50gm serbuk koko
1 sudu besar coklat emulco
1 cwn air ais

Cara-caranya:

1-Pukul butter n gula halus sampai kembang.
2-Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
3-Masukkan tpg yg diayak bersama serbuk koko sedikit demi sedikit sambil masukkan coklat emulco yg dibancuh bersam air ais.
4-Kacau adunan sampai sebati.
5-Masukkan ke dlm loyang yg telah di leserkan dgn butter/marjerin.
6-Bakar selama 50 min atau sampai masak dgn suhu 175 c.




kek pandan


Bahan-bahan;

250gm butter
1 cawan gula
4 biji telur gred B
1 sudu teh baking powder (ayak)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3 cwn tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu teh vanilla
1 sudu besar pes pandan
1 kotak santan

Cara Membuatnya
1. Pukul gula+butter sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung.
4. Kacau rata dan akhir sekali masuk tepung gandum. Pastu bakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan