Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa, kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Sabtu, 28 November 2009

kek raya

Rabu 18.11.09

Tengah duk syok rest selepas penat buat biskut...ada calling..order kek pulak..last minute,,,alahai kelam kelibut la jugak..nk tolak..aii rezeki tu..huhu terpaksa la amik..pelanggan lama..x bleh buat cmtu..
so bangun..check barang..rupanya banyak nk kena beli..so kerahkan abah wardah kuar beli barang..
Banyak la jugak..7 biji kek
3 chocolate moist cake
2 pandan cake
2 marble cake

mlm sempat buat 2 ja..balance 4 lagi siapkan keesokan harinya, khamis..dari pagi lg dh mula membakar..nk kejar masa takut x sempat..actually wardah pakai oven kecik ja..just boleh bakar sebiji ja per hour... huhuh
Lepas ni ingat nk tukar oven yg lebih besar ckt. Memandang my besnes ada kemajuan..InsyaALLAH.



Alhamdulilah semuanya berjalan dgn lancar..pukul 2pm dah siap. Petang abah wardah pegi antar. Moga akak yg order tu berpuas hati.

Cookies for eid adha

Selepas balik dari johor..wardah buat cookies untuk raya haji..lagipun nak habiskan stok yg raya pose aritu..check punya check bleh buat 3 jenis biskut lagi..so x payah beli barang lagi..guna ja apa yg ada..jadi ada jugak hidangan untuk raya aji.
nasib baik ada adik yg membantu..so satu hari pun dah siap projek biskut raya ni..



jejari oats


choclate chips cookies ala wardah..hehehe..tp x nmpak chipnya..nmpak badam ja..hahaha..ok la tu.


biskut suji

biskut2 ni adik2 wardah mmg minat sangat..klw x buat mesti beli..tp this year mesti buat sendiri la..baru besttttt. hehehehe

bercuti di johor

. Minggu lepas,Wardah dan kelurga balik bercuti di Batu Pahat,Johor. Pada masa yg sama ada majlis kenduri kahwin sepupu wardah. View http://sentuhanwardah.blogspot.com
for more pic.
Keesokan harinya selepas majlis. mak sedara wardah minta ajarkan buat cupcakes. Dia suka tgk wardah punya cupcakes. Dia cakap anak-anaknya pasti gemarkan cupcakes ni. So dia suruh wardah belikan bahan2.


inilah hasilnya..cupcakes wardah wif simple decoration..anyway my cousin like it so much..hehehe

Selasa, 17 November 2009

cupcakes






Cupcakes ni order dari mak sedara wardah..nak bg ank dia jual kat skool..ada Majlis Penyampaian Hadiah..harap mak njang berpuas hati erk..mesti bebudak sekolah suka nih..

Isnin, 16 November 2009

Bunga-bunga matahari

Jom buat Pizza

Lama dah teringin nak bt pizza.Tp x berkesempatan. Sabtu lalu adik wardah balik bercuti..so dh x da aktiviti..apalagi kami pun memulakan aktiviti kami..buat pizza.Barang semua dh ada, Jumaat tu kuar n shooping kat Giant.. Adik wardah ni kuat menguli tepung. Wardah ikut resepi Kak Hanieliza. Adunan pertama tu x berapa nak jadi agak lembik sedikit..biasa la first time buat, mmg la cmtu.. dah siap bakar dapat la dlm 14 biji...then kami pu try la..wahh best..sedappp..adik wardah ni punya sonok dia nk tambah satu lg adunan..dia ckp x cukup..so dia pun uli adunan kedua pulak.
Haaa kali ni adunan dia dah jadi..cantik pulak doh dia..dah perap sampai 2 jam..dia x sabar nak bakar..
hmmm yg second ni ternyata lagi best..roti pizza yg gebu n lembut sekali..topping kat atas tu kami just letak sos.mix vegetable,sosej,mayonis n cheeze..
Fuhhh mabeles la..kami mendapat pujian..hehehe
Thanks kak liza..




kami buat kecik2..senang n puas nak mkn..hehehehe

PIZZA (sumber kak Hanieliza)

Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air


cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...

Khamis, 5 November 2009

Kek Batik Marie







Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
1.patah2kan biskut

2.dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut

3.masukkan butter,kacau sampai butter cair

4.kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api

5.masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)

6.masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Selingkar kaseh







Alhamdulillah baju ni dah siap pun..jiran sebelah umah yg upah..

Rabu, 4 November 2009

Free time

Bila ada masa free..x da tempahan kek..x da jahit manik..wardah ada buat sesuatu...nk tgk benda apa yg wardah buat...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.(scroll down)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaa...





kusyen segi empat carnation

cantik tak?? berminat??boleh la nk buat tempahan...

Jeli kelapa

Jeli ohh jeli..wardah mmg suka sgt mkn jeli kelapa..lebih2 lg klw mkn sejuk2 dari peti sejuk tu..arghhh..x dpt nk bayangkan bertapa bestnya jeli kelapa ni..
So akhirnya Wardah pun try buat sendiri al..asyik duk beli ja..view kat laman kak hanieliza ada...thanks kak liza.



JELLI KELAPA MUDA (sumber kak hanieliza)

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 mug air biasa
1 cawan gula
2 mug air kelapa
isi kelapa muda

Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh
3. Tapiskan dan masukkan air dan isi kelapa muda. Kacau rata.
4. Masukkan agar-agar dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan sejuk [chilled] untuk minum petang.