Lama dah teringin nak bt pizza.Tp x berkesempatan. Sabtu lalu adik wardah balik bercuti..so dh x da aktiviti..apalagi kami pun memulakan aktiviti kami..buat pizza.Barang semua dh ada, Jumaat tu kuar n shooping kat Giant.. Adik wardah ni kuat menguli tepung. Wardah ikut resepi Kak Hanieliza. Adunan pertama tu x berapa nak jadi agak lembik sedikit..biasa la first time buat, mmg la cmtu.. dah siap bakar dapat la dlm 14 biji...then kami pu try la..wahh best..sedappp..adik wardah ni punya sonok dia nk tambah satu lg adunan..dia ckp x cukup..so dia pun uli adunan kedua pulak.
Haaa kali ni adunan dia dah jadi..cantik pulak doh dia..dah perap sampai 2 jam..dia x sabar nak bakar..
hmmm yg second ni ternyata lagi best..roti pizza yg gebu n lembut sekali..topping kat atas tu kami just letak sos.mix vegetable,sosej,mayonis n cheeze..
Fuhhh mabeles la..kami mendapat pujian..hehehe
Thanks kak liza..
kami buat kecik2..senang n puas nak mkn..hehehehe
PIZZA (sumber kak Hanieliza)
Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur
Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air
cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.
INTI PIZZA
bahan
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam
cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.
NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...
Isnin, 16 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan