Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa, kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Rabu, 13 Jun 2012

blog bersawang

Assalamualaikum.......
Alamak dh setahun dh...memang bersawang la...berhabuk sana-sini...tgk tu...sarang labah2 sana-sini dh..huhuhu



hadoiii kena mengelap...vacum...sapu...mop..bagai la jawabnya....

kononya  wardah tu sibuk la kan...padahal xdenya nk sibuk mana pon...yg sebonarnya..malas nk meng'update'kan....hehehee

bkn malas la...tapi duk layan "kekasih" yg 1 lg tu...yg tu pon syok jugak..FACEBOOK la...tgk pic org upload sana-sini....komen pic org..best...

oklah bebeh..insyaALLAH lepas nie...wardah akn cuba selalu update blog wardah nie..hokay...
bye..

Ahad, 22 Mei 2011

me turn to 30th...


*image google

welcome to the club 30th...haahhhhhh sedar x sedar aku dh melangkah masuk ke usia 30..ishhhhhhhh betul2 x caya lah...aku tidak lg bergelar bayi,kanak-kanak,budak dan remaja..ok! aku boleh dikategorikan golongan dewasa...huhuhu

bagi aku 30 tu hanyalah angka sj...tiada apapun lain bg aku..namun sikap dan perangai kena lah diambil kira ye...jgn nk berangan, bila org ckp aku dlm linkungan 20 an ja...perangai nk mcm 20an juga....NO!!NO!!NO!!.
tapi itulah hakikatnya...apa aku nak wat pada usia nie...mak aku ckp..time nie dia dh anak 3 dh...huhuhu..itu dulu la...umo 18 dh kawen...skrg tidak lg..

dan bila aku berkeadaan bergini..mmg aku x fikir langsung pasal kawen ok! yg aku fikir keadaan aku nk kembali sembuh...nak kembali normal...sambil tu nk kejar cita-cita..yg masih belom tercapai lg nih...bila? bila? bila?

zaman kanak-kanak..remaja dh berakhir ya....apa yg aku dapat ketika aku melewati zaman ini...???apapun aku bersyukur kehadrat ILLAHI.. aku masih disini..masih di bumi ALLAH...aku telah dipanjangkan usia...diberikan kesihatan yg baik walaupun aku kelainan upaya...dan aku juga berterima kasih pada ALLAH yang telah mengurniakan ibubapa yang penyayang...Mereka ini tidak pernah bosan dan mengeluh ketika melahirkan dan membesarku hingga dewasa walaupun aku ditakdirkan begini. MAK ABAH...cheq mintak maaf banyak2 atas kesalahan dan kesilapan cheq selama ini. Cheq sedar..cheq bnyak wat salah kt mak dan abah...cheq sayang sgt2 kat mak dan abah..Segala pengorbanan mu tiada terbalas..hnya ALLAH sj yg mampu membalasnya. Cheq doakan semoga mak abah sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya..Amin.

22.05...Selamat Hari Lahir buat diriku...Alhamdulillah sekali lg aku bersyukur pada mu YA ALLAH yg telah memanjangkan usiaku,di beri kesihatan yang baik..serta di beri peluang untukku meginsafi diri dan bertakwa kepadaMU YA ALLAH.. Semoga KAU mempermudahkan perjalanan dan urusanku seharian.. dimurahkan rezeki dan kesihatan yang lebih baik supaya aku dpt kembali normal. AMIN YARABBALAALAMIN.

Ahad, 15 Mei 2011

Bubur Jagung

Hari nie wardah nk kongsi resepi lagi...Kali nie resepi paling simple dan senang nak buat. Walaupun simple tapi memang sedap ler...Jom kita tgk apa resepi yang menarik tu ya...





.

Bubur jagung

4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
1 senduk gula (ikut manis)
1/2 biji dandan toskan(optional)


Cara-cara
1. Dalam periuk masukkan santan,gula,jagung,daun pandan dan garam.

2. Biar mendidih.

3. Kemudian masukkan sagu. Biar sagu kembang dan jagung masak . Setelah itu tutup api.

5. Bolehlah dihidang. Jika suka mkn dlm keadaan sejuk. Masukkan kedlm peti sejuk dahulu.

Rabu, 27 April 2011

Siapa kita sebenarnya

Kita Bukannya Baik Sangat Untuk Cakap Kita Baik..

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome

4. Kita bukanlah lawa untuk cakap orag lain tak lawa

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut



Tapi...



1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4. Kita adalah lawa jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepadaNya dengan seikhlas hati

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Selasa, 26 April 2011

Coretan kali ini pd 1.40 pg. Mata ini masih tega belum masa tuk dilelapkan lg. Sambil berbaring di atas tilam empukku aku melayan kebosananku dgn melayari facebook. Dengan berlatarkan muzik sentimental yg aku paling gemari.

Antara lagu yang paling aku suka "muhasabah cinta"- Edqustic,penyanyi indon klw x silap aku. Lagu nie memang kena ngn life dan jiwaku. Lagu yg aku letak kat blog nie la. Ianya memberi motivasi dan semangat juga inspirasi buat diri ini untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah ku panjat kesyukuran padamu YA ALLAH, diberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan hidup ini. Jua untuk menebus dosa2 ku yang lalu,

Aku perlu tabah..atas ujianmu YA ALLAH..sesungguhnya Kau lebih tahu segala-galanya. Ku yakin pasti ada hikmah di sebalik ujianmu. AMIN. apa yang ku harapkan Kau berilah kekuatan untukku menghadapi semua ini. Kau permudahkanlah segala urusanku. Ampunilah segala dosa-dosaku Ya ALLAH. Amin.

Jarum jam di dinding sudah melewati jam 2.oo pagi. Namun aku masih di sini.Sambil berbaring jari-jemariku ligat untuk meneruskan coretan ini. Ingatan ini masih teringat akan mimpi malam tadi yang sangat manis. Sudah lama aku tak merasai mimpi sebegini. Bahagia sgt apa yang ku rasakan dlm mimpi semalam. Klw boleh aku nk mimpi lagi mcm tu mlm nie.

Aku bermimpi tentang seseorang yang pernah bertakhta dlm hatiku 10 tahun yg lalu. Insan yang pernah aku sayang. Walaupun mengenalinya dalam tempoh masa yang singkat,namun aku bahagia sgt saat menegenalinya suatu ketika dulu. Dalam mimpiku, dia datang mendekati aku. Aku rasa terkejut dan mahu menangis. Dia terus menyapa dan bertanyakan khabar aku. Lantas dia memegang tanganku dan memimpinku.

Kami berjalan bersam-sama tapi ku tak pasti di mana tempat itu. Dia memelukku. Aku terharu. Dia masih seperti yang aku kenali dulu..seorang yang ambil berat,penyayang dan baik hati. Namun mimpi tu hanya sekejap saja. Aku tak sempat bertanyakan khabarnya. Walauapapun aku gembira kerna dpt bertemu dengannya walaupon dlm mimpi. Walaupun sudah lama aku berpisah, aku masih rindukan dia. Aku teringin nak berjumpa denganya.Segala kenangan manis dan pahit bersamanya masih segar dlm ingatanku hingga kini. Rasa mcm baru semalam kami berpisah.Aku sgt rindukan dia.


Entah apa yang dia buat sekarang ya. Pasti sudah berumah tangga. Aku berdoa semoga dia sihat,berbahagia dengan orang yang tersayang dan berjaya dlm hidupnya. Setelah aku terjaga dari tidur,aku berfikir kenapa aku boleh bermimpi sedemikian. Ada orang kata,klw kia bermimpi sesorang pasti dia pun sedang merindui kita. Sebelum tidur aku tak ingat pun pasal dia. Tetiba dia hadir dlm mimpiku. Kemungkinan dia pun merindui aku kot...mungkinla kan..sekali-sekala pasti dia ingat.

Oklah jarum jam dah hampir kul 3.00 pagi. Ku harus stop di sini. Mulai rasa mengantuk nie...tiballah saat untuk tidur
, semoga aku dapat mimpi yang indah2 lagi. nite.

Ahad, 24 April 2011

Asam Pedas Melaka



Nie masakan peberet wardah...Asam Pedas Melaka. Bila sebut asam pedas ingat mak sedara wardah mak ndak idah yg duk kt melaka. Tapi sekarang dia dh pindah duk kat Parit Jawa Muar. Dia memang expert wat asam pedas nie. Klw pegi umah dia ja,pasti asam pedas yg dia hidangkan untuk kami sekeluarga. Dia dh taw dh famili wardah suka sgt ngn asam pedas. Memang wallah..tip-top asam pedas mak ndak idah

Yang nie asam pedas versi wardah..ala2 jugak la asam pedas mak ndak idah nie..hehehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4-5 ekor ikan merah,ikan kerisi,terubuk,pari @ sbrg ikan yg kita suka
10 biji bendi
2 biji tomato -belah 4
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar:
1 cwn cili kering-rendam @ rebus terlebih dahulu
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan
1 inci halia



CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan hendaklah di basuh bersih,pasti la kan...xkan nk mkn ikan hanyir2 kot..hehehe

Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai hingga naik harum wanginya. Biarkan sehingga pecah minyak.Guna api sederhana. Jgn kuat2 nnti hangit.

Kemudian masukkan air asam jawa. Seterusnya air. Kacau rata.

Bila dah mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom,bunga kantan,garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan bendi dan tomato.

Masak hingga bendi lembut dan rasa, jika dh ok n sedap boleh matikan api. Klw kurang tambah la ye...;)

Hidangkan segera bersama nasi panas dan ulam-ulaman....

Lebih enak di makan bersama ikan gelama masin.

Fuhhh memang terangkat lah.

Selamat Mencuba..:)

air kelapa isi nyoq...

Time panas2 gini dahaga melampau-lampau. Minum air ni x puas..minum air tu x puas...dlm kepala hotak nie duk fikir mcm2 air yang best2 nk "langgah"(loghat org utara-maksudnya minum la). Fresh oren...jus tembikai..ayaq nyoq..slupee 7E...ermm mcm2 la..klw boleh k yg fresh2 ja..bila minum masuk ruang tekak..arghhhhhhh Alhmdulillah...lega..heheheh bagaikan dunia ni aku yg punya.

Bila sebut ja ayaq nyoq, teringat la kembali kisah silam time wardah belajar kat Matrik UIA dulu. Lebih kurang 10 tahun gitu. Weekend xdek class.So wardah n kengkawan outing la. Klw outing tu bkn 2,3 org ja..selalunya 7-8 org kengkawan wardah. Kami mmg suka kuar jln ramai2. Untuk keselamatan semua tu. Port yg kami suka "terjah" jalan TAR..syiok kat situ. Sesapa yg pernah pegi mesti taw mcm mn keadaan tempat tu kan...Klw xdek duit pon jln2 window shopping pon jadila..janji dpt kuar dan hilangkan tension.

Hari sabtu ada pasar malam kt jln TAR tu. Mcm2 bleh dpt kat situ. Murah2 jugak harganya. Yang paling syiok tu pelbagai makanan depa jual kt situ. Ada makanan @ barang yang x pernah tgk pon ada...memang sesak,tp xkisah la..nama pon pasar malam.




okes berbalik pada cite wardah td...ada satu cite lucu nk dikongsikan kt sini. Jln2 punya jln,round punya round...satu benda pon x beli lg. Akhirnya kami pon dahanga. So singgah la kt satu gerai yang jual air. Kt situ bnyakla air yg brader tu jual. Antaranya ayaq nyoq la. So kami pon order la..wardah order air tembikai. Dalam duk sibuk order n bayar...terdengar satu suara salah seorang kawan wardah nie... "abg. bagi air kelape.. isi NYOQ lebih....." kami yg ada kt situ semua tergelak besaq. Malu pon ada..muka kawan wardah tu dah merah padam malu, dia pun tergelak gak sambil jwb "ishh sudah la hampa jgn duk gelak kt aku.." Abg tu pun jwb "ermmm xpa abg boh isi nyoq bnyak kt adik noh" dgn loghat org KL ckp utara.
Kawan wardah tu org kedah,teringin nk ckp KL...tu jd cmtu. Selepas peristiwa tu dia dh x berani nk ckp KL lg..takut peristiwa tu berulang lg..hehehe. Buat kawan wardah tu..mintak maaf la wardah tergelak kt Ina (bukan nama sebenar) time tu...niat bukan nk menghina,tp tu la x leh nk control dh.Tp xpa kenangan tu wardah akan ingat sampai bila2. Sweet memory. Luv u alls.





*sumber gambar google