Coretan kali ini pd 1.40 pg. Mata ini masih tega belum masa tuk dilelapkan lg. Sambil berbaring di atas tilam empukku aku melayan kebosananku dgn melayari facebook. Dengan berlatarkan muzik sentimental yg aku paling gemari.
Antara lagu yang paling aku suka "muhasabah cinta"- Edqustic,penyanyi indon klw x silap aku. Lagu nie memang kena ngn life dan jiwaku. Lagu yg aku letak kat blog nie la. Ianya memberi motivasi dan semangat juga inspirasi buat diri ini untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah ku panjat kesyukuran padamu YA ALLAH, diberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan hidup ini. Jua untuk menebus dosa2 ku yang lalu,
Aku perlu tabah..atas ujianmu YA ALLAH..sesungguhnya Kau lebih tahu segala-galanya. Ku yakin pasti ada hikmah di sebalik ujianmu. AMIN. apa yang ku harapkan Kau berilah kekuatan untukku menghadapi semua ini. Kau permudahkanlah segala urusanku. Ampunilah segala dosa-dosaku Ya ALLAH. Amin.
Jarum jam di dinding sudah melewati jam 2.oo pagi. Namun aku masih di sini.Sambil berbaring jari-jemariku ligat untuk meneruskan coretan ini. Ingatan ini masih teringat akan mimpi malam tadi yang sangat manis. Sudah lama aku tak merasai mimpi sebegini. Bahagia sgt apa yang ku rasakan dlm mimpi semalam. Klw boleh aku nk mimpi lagi mcm tu mlm nie.
Aku bermimpi tentang seseorang yang pernah bertakhta dlm hatiku 10 tahun yg lalu. Insan yang pernah aku sayang. Walaupun mengenalinya dalam tempoh masa yang singkat,namun aku bahagia sgt saat menegenalinya suatu ketika dulu. Dalam mimpiku, dia datang mendekati aku. Aku rasa terkejut dan mahu menangis. Dia terus menyapa dan bertanyakan khabar aku. Lantas dia memegang tanganku dan memimpinku.
Kami berjalan bersam-sama tapi ku tak pasti di mana tempat itu. Dia memelukku. Aku terharu. Dia masih seperti yang aku kenali dulu..seorang yang ambil berat,penyayang dan baik hati. Namun mimpi tu hanya sekejap saja. Aku tak sempat bertanyakan khabarnya. Walauapapun aku gembira kerna dpt bertemu dengannya walaupon dlm mimpi. Walaupun sudah lama aku berpisah, aku masih rindukan dia. Aku teringin nak berjumpa denganya.Segala kenangan manis dan pahit bersamanya masih segar dlm ingatanku hingga kini. Rasa mcm baru semalam kami berpisah.Aku sgt rindukan dia.
Entah apa yang dia buat sekarang ya. Pasti sudah berumah tangga. Aku berdoa semoga dia sihat,berbahagia dengan orang yang tersayang dan berjaya dlm hidupnya. Setelah aku terjaga dari tidur,aku berfikir kenapa aku boleh bermimpi sedemikian. Ada orang kata,klw kia bermimpi sesorang pasti dia pun sedang merindui kita. Sebelum tidur aku tak ingat pun pasal dia. Tetiba dia hadir dlm mimpiku. Kemungkinan dia pun merindui aku kot...mungkinla kan..sekali-sekala pasti dia ingat.
Oklah jarum jam dah hampir kul 3.00 pagi. Ku harus stop di sini. Mulai rasa mengantuk nie...tiballah saat untuk tidur
, semoga aku dapat mimpi yang indah2 lagi. nite.
Selasa, 26 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan