Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa, kadangkala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Ahad, 24 April 2011

Asam Pedas Melaka



Nie masakan peberet wardah...Asam Pedas Melaka. Bila sebut asam pedas ingat mak sedara wardah mak ndak idah yg duk kt melaka. Tapi sekarang dia dh pindah duk kat Parit Jawa Muar. Dia memang expert wat asam pedas nie. Klw pegi umah dia ja,pasti asam pedas yg dia hidangkan untuk kami sekeluarga. Dia dh taw dh famili wardah suka sgt ngn asam pedas. Memang wallah..tip-top asam pedas mak ndak idah

Yang nie asam pedas versi wardah..ala2 jugak la asam pedas mak ndak idah nie..hehehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4-5 ekor ikan merah,ikan kerisi,terubuk,pari @ sbrg ikan yg kita suka
10 biji bendi
2 biji tomato -belah 4
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar:
1 cwn cili kering-rendam @ rebus terlebih dahulu
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan
1 inci halia



CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan hendaklah di basuh bersih,pasti la kan...xkan nk mkn ikan hanyir2 kot..hehehe

Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai hingga naik harum wanginya. Biarkan sehingga pecah minyak.Guna api sederhana. Jgn kuat2 nnti hangit.

Kemudian masukkan air asam jawa. Seterusnya air. Kacau rata.

Bila dah mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom,bunga kantan,garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan bendi dan tomato.

Masak hingga bendi lembut dan rasa, jika dh ok n sedap boleh matikan api. Klw kurang tambah la ye...;)

Hidangkan segera bersama nasi panas dan ulam-ulaman....

Lebih enak di makan bersama ikan gelama masin.

Fuhhh memang terangkat lah.

Selamat Mencuba..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan